INTERCLINIC Genetic dan DNA Clinic menyediakan perkhidmatan ujian DNA dan pemetaan genetik bagi mengetahui peta genetik anda seterusnya mengetahui fizikal anda melalui genetik. Walaupun keadaan seseorang juga dipengaruhi faktor luaran seperti pemakanan, tahap pendidikan dan sebagainya, pemetaan genetik dapat mengetahui keadaan diri anda sebenar tanpa mengambil kira faktor luaran.
INTERCLINIC Genetic dan DNA Clinic akan mengambil sampel air liur anda dan melakukan ujian makmal terpilih untuk mengenalpasti kepelbagaian bentuk kod genetik tunggal atau “Single Nucleotide Polymorphism” pada DNA anda. Kod genetik ini mempengaruhi berbagai bentuk dan fungsi tubuh anda.
Ujian INTERCLINIC Genetic dan DNA Clinic ini bukanlah boleh digunakan untuk memberi diagnosis penyakit, memberi rawatan, menjangkakan penyakit atau atau mengelakkannya dan ia juga bukan untuk menggantikan Nasihat perubatan profesional. Anda tidak seharusnya menukar diagnosis penyakit anda atau tahap kesihatan anda berdasarkan ujian ini semata-mata. Dr Ruz di Interclinic akan bersama anda untuk memberi khidmat nasihat dan rundingan yang sewajarnya tentang perubahan gaya hidup yang sewajarnya anda lakukan. Melalui maklumat kod genetik ini, bersama Doktor, anda boleh mengetahui dan merancang tentang
1.Mengetahui tahap kecergasan dan merangka pelan latihan fizikal dan kecergasan yang unik merujuk kepada tahap fizikal anda dan memberi panduan tentang kombinasi produk terbaik untuk jenis tubuh anda. Anda juga boleh menggunakan maklumat ini sebagai rujukan untuk mengubah gaya hidup untuk menigkatkan tahap kecergasan anda. Untuk ujian tahap kecergasan ini, ujian yang dapat diketahui ialah:
2. Mengetahui tahap tubuh anda memproses pelbagai zat makanan termasuk serapan, metabolisma, transport, penukaran vitamin dan mineral. Ujian genetik ini membolehkan anda merangka pelan pemakanan yang sihat untuk tubuh anda dan mengenalpasti nutrien yang anda lebih perlukan, lalau anda boleh menggunakan maklumat ini untuk melakukan perubahan gaya hidup yang bersesuaian dengan kod genetik anda untuk meningkatkan tahap kesihatan anda. Untuk ujian tahap pemakanan ini, ujian yang dapat diketahui adalah:
3.Mengetahui tahap kesihatan kulit anda berdasarkan kod genetik. Ini memebolehkan anda memilih produk kandungan penjagaan kulit muka yang sesuai dengan jenis kulit anda dan memilih kombinasi produk yang paling sesuai dengan jenis kulit anda. Ia membantu anda memahami genetik yang menjadi dasar kepada jenis kulit anda, agar anda boleh menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan tahap kesihatan kulit anda. Untuk ujian tahap kesihatan kulit ini, ujian yang dilakukan adalah:
4.Mengetahui risiko mendapat allergi kepada bahan tertentu seperti makanan, tumbuhan, habuk udara, dan bahan kimia. Ujian genetik ini membolehkan anda memahami risiko allergi anda dari dari lahir dan melakukan perubahan yang bersesuaian terhadap persekitaran anda dan pemakanan untuk mengelakkan ketidakhadaman atau reaksi allergi. Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa ujian ini adalah risiko faktor genetik yang berdasarkan kepada keputusan ujian saintifik dan klinikal terkini yang diterbitkan dan ia tidaklah menjadi sumber diagnosis kepada alergi yang anda alami. Dr Ruz di Interclinic akan sentiasa memberikan khidmat rundingan berkenaan allergi yang anda alami berdasarkan genetik dan ujian darah yang lain. Ujian yang boleh dikenalpasti adalah:
5.Mengetahui personaliti anda berdasarkan kod genetik. Kod genetik ini membantu anda mengetahui bagaimana anda secara natural atau semulajadi memberi respon terhadal alam sekeliling atau kejadian dalam kehidupan, dan ini membolehkan anda melatih diri dengan perlakuan yang sepatutnya. Ujian ini adalah seperti berikut:
6.Mengetahui tahap kecerdasan, kualiti tidur, keradangan, pergerakan dan umur. Ujian ini membolehkan anda merancang pemakanan dan gaya hidup dan menitikberatkan pada tahap tertentu sepanjang umur. Ia membantu anda memahami sains genetik anda dan membantu anda menjalankan gaya hidup sihat yang meningkatkan jangka hayat umur. Maklumat yang diperolehi adalah
7.INTERCLINIC Genetic dan DNA Clinic juga boleh melakukan ujian Genetik untuk anda bagi mengetahui kecenderungan anak anda dari segi bakat semulajadi, kecerdasan, personaliti, kecenderungan pemakanan dan kesihatan. Memahami keadaan semulajadi tentang bagaimana anda anda belajar, dan memahami persekitaran dunia membolehkan anda memulakan langkah lebih tepat dan sesuai terhadap kaedah pembelajaran anak anda. Ujian ini juga mengetahui sifat anak anda, kecenderungan pemakanan jadi anda boleh melakukan penjagaan bersesuaian dengan kecenderungan anak anda untuk mengelakkan pergaduhan yang tidak sepatutnya. Ujian ini mengetahui:
This test will be done with consultation with our Doctor and especially Dr Ruz for you to provide better understanding about you and your child genetic condition and predisposition.
Ground Floor, No 7-1, Jalan USJ 21/10, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor
Copyright @ 2023-2024 KLINIK PERUBATAN INTERCLINIC