Jerawat adalah masalah biasa di kalangan remaja dan pemuda. Terdapat berbagai kepercayaan dan mtos mengenai apa yang menyebabkan jerawat terutama di negara berbilang kaum dengan amalan budaya yang berbeza seerti negara kita Malaysia.
“Kajian di Malaysia mendapati 67.5% remaja dalam lingkungan 13-18 tahun mengalami masalah Jerawat”
Oleh kerana jerawat adalah dalam kategori penyakit perubatan, rawatan perubatan oleh Doktor yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)diperlukan.Tanpa rawatan, jerawat mungkin mempunyai kesan psikologi dan emosi yang mendalam. Rasa malu dan komplikasi jerawat biasanya menjadi faktor penting seseorang mendapatkan rawatan jerawat. Namun tidak semuanya kerana setiap individu melihat jerawat secara berbeza pada peringkat kehidupan yang berlainan.
Rawatan perubatan sangat bergantung kepada inisiatif individu itu sendiri untuk mendapatkan rawatan. Jerawat mempunyai pelbagai jenis peringkat dan terdapat banyak pilihan rawatan. Rawatan yang tepat yang dilakukan oleh Doktor perubatan yang berdaftar di INTERCLINIC, memastikan bahawa rawatan yang dilakukan selari dengan garis panduan yang selamat dan tidak berbahaya oleh KKM. Jenis jerawat boleh dikategorikan kepada jerawat dengan keradangan dan jerawat tanpa keradangan.
Jerawat tanpa keradangan dikenalpasti dengan wujudnya bintik-bintik berwarna kulit yang dipanggil “closed-comedone” atau bintik hitam atau putih yang dipanggil “open comedone” sama ada “white head” atau “black head”. Jerawat dengan keradangan pula adalah yang berbintik merah juga yang bernanah iaitu yang dipanggil “papul”, “pustul”atau “nodule”.
Terdapat banyak faktor punca kepada pertumbuhan jerawat. Namun begitu faktor yang paling biasa berlaku adalah:
1.Peningkatan pengeluaran kelenjar minyak di kulit.
2. Pembiakan kuman bakteria yang bernama Propionibacterium Acne.
3. Perubahan kepada pertumbuhan bulu roma.
4. Keradangan.
Ini adalah faktor yang menyebabkan seseorang berisiko untuk mengalami masalah jerawat, iaitu:
1. Terdapat ahli keluarga yang bermasalah jerawat.
2. Masalah Obesity atau berat badan berlebihan.
Ini pula adalah faktor yang boleh menyebabkan masalah jerawat menjadi lebih teruk, iaitu:
1. Merokok
2. Tekanan perasaan.
3. Terapi muka atau urutan muka sewaktu kulit muka mngalami masalah jerawat.
Ini adalah kaitan pemakanan dan masalah jerawat berdasarkan kajian perubatan
1. Makanan yang rendah kandungan gula boleh menurunkan jumlah jerawat, manakala makanan yang tinggi kandungan gula pula meningkatkan jumlah jerawat.
2. Minuman dari sumber tenusu boleh meningkatkan jerawat, tetapi kaitan ini agak lemah.
3. Makanan yang tiada gula, tinggi serat dan rendah lemak mengurangkan kadar jerawat.
4. Tiada bukti yang kukuh mengaitkan bahawa makanan berminyak, kekacang, dan coklat meningkatkan jerawat.
Interclinic menyediakan rawatan untuk masalah jerawat berpandukan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia digabungkan dengan kaedah pemakanan sihat yang membantu menambahkan lagi keberkesanan terhadap rawatan jerawat, Rawatan ini termasuk ubat sapu Benzylperoxide, krim retinoid, Penjagaan kulit muka yang bertepatan dengan jenis kulit, Ubat makan, rawatan facial dan “chemical peel” dan rawatan yang lain yang diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia.
Ini untuk memastikan supaya Interclinic menyediakan rawatan jerawat yang bukan sahaja selamat malah berkesan dengan kesan sampingan yang terkawal.
Tag Rawatan jerawat saya, masalah jerawat anda, jerawat batu kamu, jerawat pasir dia, jerawat bernanah mereka, acne treatment me, his acne problem, my nodular acne, their cystic acne, why pustular acne, what comedone, where white head, anywhere black head, type oily skin, jenis kulit berminyak, mana Rawatan jerawat selangor, mana Rawatan jerawat subang jaya, sana Rawatan jerawat shah alam, sini Rawatan jerawat puchong, situ Rawatan jerawat usj 21, kini Rawatan jerawat ipoh, melalui Rawatan jerawat kuala lumpur, jenis Rawatan jerawat shah alam, sini Rawatan jerawat melaka, sini Rawatan jerawat seremban, ini Rawatan jerawat johor, itu Rawatan jerawat penang, ini Rawatan jerawat alor setar, ini Rawatan jerawat kedah, ini Rawatan jerawat perlis, ini Rawatan jerawat sabah, ini Rawatan jerawat sarawak, this acne treatment shah alam, that acne treatment puchong, this acne treatment subang jaya, acne treatment usj 21, acne treatment kuala lumpur, acne treatment putrajaya, acne treatment klang, acne treatment ipoh, acne treatment penang, acne treatment alor setar, acne treatment kedah, acne treatment perlis, acne treatment kota bharu, acne treatment kuala terengganu, acne treatment pahang, acne treatment seremban, acne treatment melaka, there acne treatment Johor,
Ground Floor, No 7-1, Jalan USJ 21/10, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor
Copyright @ 2023-2024 KLINIK PERUBATAN INTERCLINIC