INTERCLINIC

Rawatan Pemulihan Rambut

Rawatan Pemulihan Rambut termasuk tanam rambut sangat penting dan amat dititik beratkan bagi bukan sahaja masyarakat Malaysia, malah masyarakat dunia juga. Ini terbukti apabila seorang doktor perubatan dari luar negara bernama James Hamilton telah mengkaji dan menerbitkan klasifikasi kebotakan pada tahun 1951.

Rawatan terhadap masalah kebotakan termasuk tanam rambut juga telah berkembang maju sejak dari itu sehingga kemajuannya melimpah ke negara kita Malaysia apabila teknologi yang sebelum ini sangat mahal dan tidak mampu diwujudkan di Malaysia sudah boleh diwujudkan.

Di INTERCLINIC, Dr Ruzaidi menyediakan rawatan pemulihan rambut termasuk ubat makan, ubat sapu dan spray, rawatan injection dan lain-lain untuk merawat pelbagai jenis penyakit berkaitan rambut.  Setiap punca kebotakan mempunyai rawatan yang berbeza, ia tidak sama. Diluar sana terdapat banyak penyebaran mitos yang mengatakan satu minuman boleh sembuh segala penyakit, makan vitamin tertentu boleh sembuhkan penyakit, dan sapu miyak atau krim tertentu boleh tumbuhkan rambut. Ini adalah tidak benar sama sekali.

INTERCLINIC sebagaimana klinik perubatan lain akan kenalpasti punca masalah rambut anda dan Dr yang berkelayakan dan berdaftar dengan KKM akan memberikan rawatan yang tepat berdasarkan bukti dari kajian perubatan yang kuat. BUKAN SEKADAR TESTIMONI. Ini adalah termasuk :

  1. Androgenetic Alopecia / Male Pattern Baldness.
  2. Male diffuse Pattern Alopecia.
  3. Female Diffuse Pattern Alopecia.
  4. Male Diffuse Unpattern Alopecia.
  5. Female Diffuse Pattern Alopecia.
  6. Telogen Effluvium.
  7. Catagen Effluvium.
  8. Anagen Effluvium.
  9. Diffuse Alopecia Areata.
  10. Localised Alopecia Areata.
  11. Traction Alopecia.
  1. Alopecia Areata Totalis.
  2. Tinea Capitis
  3. Trichotillomania
  4. Jangkitan Bakteria pada rambut.
  5. Jangkitan Kulat pada rambut.
  6. Infectious Folliculitis.
  7. Folliculitis Decalvans.
  8. Pressure Alopecia
  9. Central centrifugal Alopecia
  10. Lichen Planopilasris
  11. Frontal Fibrosing Alopecia
  12. Dissecting cellulitis of scalp

Paling penting adalah INTERCLINIC sentiasa menasihatkan pelanggan kami agar tidak terpengaruh dan tertipu dengan produk-produk yang tiada kelulusan KKM terutamanya dan produk yang dikatakan mampu menumbuhkan rambut yang sudah tiada atau mati. Ini kerana banyak pelanggan INTERCLINIC  yang datang mendapatkan rawatan telah berhabis bukan sahaja ribuan ringgit malah puluhan ribu ringgit melakukan rawatan yang tiada kualiti dari pusat-pusat rambut atau kecantikan tanpa hasil seperti yang dijanjikan.

INTERCLINIC sentiasa memberikan rawatan perubatan yang terbaik berdasarkan kajian perubatan yang lengkap bukan sekadar testimoni atau gambar before after sahaja. Rawatan ini adalah termasuk:

  1. Ubat makan Finasteride 1mg.
  2. Sapu / spray Minoxidil 5%.
  3. Injection bawah kulit Diluted Triamcinolone
  4. Low Level Laser Therapy
  5. Supplement vitamin dan mineral untuk rambut.
  6. Referral untuk Hair transplant atau tanam rambut.
  7. Khidmat nasihat pemakanan.
  8. Ubat sapu untuk antibody regulation.

Sedikit tentang rawatan “Hair Transplant” atau tanam rambut.

Rawatan tanam rambut atau “air transplant” adalah satu-satunya rawatan yang boleh menumbuhkan rambut yang sudah tiada. Ia dilakukan dengan menuai rambut dikawasan yang sihat, kemudian rambut ini ditanam dikawasan yang alami masalah atau kebotakan. Rawatan tanam rambut adalah rawatan tunggal yang menumbuhkan rambut secara kekal.

Umumnya terdapat dua kaedah menuai rambut sebelum tanam rambut boleh dilakukan. Ia adalah kaedah FUE dan FUT.

Kaedah FUT atau nama penuhnya Follicular Unit Transplant adalah kaedah dimana potongan kulit diambil dari bahagian penderma mengikut saiz tertentu mengikut jumlah bilangan tanam rambut akan dilakukan. Rambut dari potongan kulit ini kemudian diasingkan satu persatu mengikut unit folikel agar tanam rambut kemudiannya dapat dilakukan. Kawasan penderma yang sudah diambil potongan kulit ini kemudiannya dirapatkan dan dijahit agar luka yang ada dapat tertutup. Kaedah ini biasanya akan meninggalkan parut luka garisan di bahagian potongan dan jahitan dilakukan. Tanam rambut kemudiannya dilakukan.

Kaedah kedua iaitu FUE atau nama penuhnya Follicular Unit Extraction adalah kaedah dimana setiap unit folikel rambut diambil terus dari kawasan penderma tanpa potongan kulit dilakukan. Ia dapat dilakukan dengan jarum khas yang dipanggil jarum FUE. Terdapat beberapa kaedah FUE termasuk kaedah manual, kaedah bantuan mesin, atau kaedah robotik dengan robot yang dipanggil ARTAS.

 

Kaedah penuaian rambut memerlukan Doktor yang berpengalaman dalam bidang hair transplant kerana kaedah ini adalah rumit dan memenatkan. Tanpa pengalaman dan kemahiran yang cukup, penuaian rambut mungkin sebabkan rambut jadi rosak, dan tidak tumbuh selepas tanam rambut dilakukan.

Setelah rambut dituai dan sebelum tanam rambut, rambut akan disimpan didalam cairan khas yang memastikan rambut mendapat bekalan oksigen, makanan dan mineral yang secukupnya sebelum tanam rambut dilakukan. Rambut ini juga perlu ditanam dalam jangka masa tertentu, kerana jika melebihi masa tertentu, rambut akan mati diluar badan dan tidak akan tumbuh lepas tanam rambut dilakukan. Jadi pengalaman dan pengetahuan Doktor yang melakukan tanam rambut sangat penting agar kejayaan prosedur tanam rambut dapat dihasilkan.

Tanam rambut juga terdapat dua kaedah iaitu kaedah manual iaitu teknik lama, atau kaedah gunakan implanter yang juga dikenali sebagai kaedah DHI (Direct Hair Implantation method). Teknik tanam rambut lama memerlukan lubang kecil dibuat dahulu menggunakan jarum khas sebelum sebelum rambut dimasukkan kedalam luban tersebut menggunakan forsep rambut. Teknik tanam rambut kedua yang menggunakan laedah implanter atau DHI, rambut dimasukkan ke dalam jarum khas yang dipanggil implanter kemudian jarum yang terdapat implanter ini akan dimasukkan kedalam kulit dan pada masa yang sama rambut akan dimasukkan ke dalam kulit. Kaedah tanam rambut ini adalah kaedah yang dipilih oleh Doktor tanam rambut terkini kerana ia memberikan kesan yang lebih baik.